::: Pages :::

::: I + MY + ME + MINE :::

My Photo
What can I say? Hey, I'm Mr. Simple! ^^

::: Followers :::

01 March 2012

Stylo Little Cousin

Assalamualaikum...
Hari ini bermulanya bulan Mac, 2012!

Ni teman nak tunjuk kat mengkemer semua gambor sepupu kecik teman.
Stylo rupenye! Handsome macam aku jugal! Eh, ups!

Nama dia, Abang Harrisyamil Bin Abang Zulmar.
Walaupun agak nakal, tapi bagi aku dia sangat comel & loveable.
Jom tengok gambar2 dia!! ^^

 Peace y'all!
 Mampu angkat?
 Tunggu umur 18 k?
 Call awek?
 PSP time!
90's rapper.. ^^
 Belum tiba masanya. Sunat dulu!
 Gatai! Kecik2 dah errmmm.. Malau nak bagitau.. hihix..
 Pegang apa?
Nampak ke monitor?

29 February 2012

WW #10 - Mata Alien

KORANG MAMPU?

28 February 2012

Lebih 24 Jam Tidak Tidur

Assalamualaikum..

Pernah tak tidur selama 24 jam?
Kalau aku, memang pernah!

 Ups! Terseksa pulok! ^^

Masalah ni bermula semenjak aku hidup sebagai pelajar Universiti.
Dihujani dengan banyak kerja & banyak perkara terutamanya pada Semester 2 yang lepas.

Buat pertama kalinya aku tidak tidur selama 24 jam kerana menolong senior menyiapkan
final project diorang. Aku bertungkus lumus sebab itu janji aku. Kebetulan pada malam sebelumnya
aku menjalani latihan menari yang sangat memenatkan. Malam esoknya pulak adalah hari persembahan.
Memang dahsyat la aku bersengkang mata. Seriously, aku tak mengantuk tetapi badan aku rasa letih.

Balik je lepas perform malam tu, mata aku pun tak nak tidur lagi sebab esoknya
ada presentation. So, aku kena get ready & study macam2.

Masuk je cuti semester, mata aku buat hal tak nak tidur.
Selalunya lepas adik kecik aku pergi sekolah, barulah mata aku mengantuk.
Dah beberapa kali jugak aku pernah tak tidur sampai ke malam berikutnya.

Tak tahulah apa masalah ni. Tetapi aku memang ada kemampuan untuk tidur sekejap je.
Sememangnya, tak baik untuk kesihatan. Sebab tu lah aku sasa kurus je ni. Hihihix.. ^^

27 February 2012

Semester 3 - Soon!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Tiket ke KL dah beli dengan harga yang berbaloi!
Tinggal tujuh hari lagi nak balik Shah Alam & another new life will begin.
Hopefully, everything is gonna be OK!

Hurm.. Agak2 ada perubahan ke kat Kolej Jasmine & UiTM Puncak Perdana?
Hahahax.. Sukar nak jangkakan. Alhamdulillah, kali ni dapat tinggal dalam kolej lagi.
Semester depan tak tau lagi. Risau2!

K lah.. See you at peninsular! ^^

26 February 2012

[COVER] Sparks Fly - Taylor Swift

Assalamualaikum...

Dengan rasa malu tetapi nak jugak menunjuk,
dengarkan Cover Sparks Fly by Taylor Swift dari aku.
Sesungguhnya hanya untuk suka2 je tau. Aku tau suara aku buruk. Hahahax. ^^

Jangan lupa kutuk tau!

[COVER] Double F - Sparks Fly (Taylor Swift)

25 February 2012

WhatTheHeh? - Buang Batu

Assalamualaikum...

Ari tok aku nak ngerepak pake Bahasa Sarawak.
Lamak dah ku sik ngereco make bahasa ibunda ku pun.
Yah... Mana kata kau paham ka nisik. Ada ku lalek? Hahahax.. ^^


Pernah kitak urang dengar perbahasa BUANG BATU?

Tok nak dicerita ku. Bagi nok sik tauk nakpa nama ya, maksudnya urang yang
polah2 lupak ngan kita atau sik ingat lalu nya ngan kita.

Yah, sik nya sedar dolok marek terit jax rapeh nya ngan kita.
Mintak tulong gitok gia, udah ditolong alu sik dihargai nya kita tok.
Sik diumpama nya ngan kita kedak nya molah batu eh.
Ya namanya buang batu, sebab batu ya tek sik ada guna apa2.
Mun sik ada batu ya, sik berdiri rumah ko nong.

Bertemu kita rah sine2, main jelin ajak. Ditangga nya kita, nuleh lempat lain.
Kita jak tek asak2 ati nak negor nya. Alu gia dipolah nya ngan kita.
Kelak bila susah, baruk nya datang nyindin2 kita.
Mintak tulong macam2 jak. Lemah nyawa ku koh nok kedak ya.

Lekak ya mun kita nak mintak tulong, macam2 alasan nya.
Urang kedak ya nang sik sedar dirik. Bebual nyawaku.
Udah nya senang, udah nya ada urang baru, udah dapat apa nak di maok,
nok jaik tok la ditangga nya kedak batu tepi jeraya.

Udah gik ngerepak. Sesunggugnya aku sik maksudkan sesiapa dalam hal tok.
Sekadar peringatan pake dirik ku mpun juak. Aku tok sik la bagus ne.
Ok? Mun dapat, kita hargai la urang ya nok udah nolong & merik apa2 ngan kita
Sik nya kisah besar ka kecik pertolongan & pemberiannya. Ok?

23 February 2012

Mitos Cenderawasih

Assalamualaikum...

Korang mesti pernah dengar nama burung Cenderawasih kan?
Menurut cerita dongeng atau mitos, Cenderawasih merupakan burung lagenda.
Ianya dikatakan berasal dari syurga, hanya berterbangan di langit, hinggap di atas awan
& hanya meminum embun dari awan itu.

Malangnya, Cenderawasih sangat jarang dijumpai. Adapun ia, cumalah yang telah mati.
Ada yang mengatakan Cenderawasih tidak boleh singgah di bumi atau berpijak pada tanah,
nescaya ia akan mati & terus mengeras seperti telah diawet.

Sememangnya burung ini sangat cantik dari segi fizikalnya yang menjadikan ia sangat unik.
Namun, adakah ini sekadar kisah dongeng atau benar?

FAKTA

Burung ini sememangnya wujud sehingga kini.
Cenderawasih atau nama saintifiknya Paradisaeidae tinggal di kawasan hutan tanah rendah
atau tinggi. Sebab itulah ia jarang ditemui atau dilihat terbang di kawasan yang rendah.
sekitar 600 meter dari paras tanah. Logik bukan?

Seperti burung2 lain, Cenderawasih juga memakan buah-buahan kecil di hutan.
Populasi Cenderawasih juga semakin menurun atas beberapa faktor.
Antaranya berkaitan dengan kepercayaan manusia jika menyimpannya akan membawa tuah.
Mereka akan mengawet burung ini & seterusnya dijual. Bagi mereka yang tidak berfikir
panjang, mereka mungkin percaya dengan mitos burung ini telah ditemui mati & mengeras.

BUKTI


Bukti lain, tengok video lagi satu ni. Sorry sebab tak dapat nak embed pulak.

Semua tentang di atas, based on apa yang aku pernah tengok di TV & apa yang aku baca.
So, aku cuba rungkaikan sendiri & buat kesimpulan. Betul atau tak, korang pandai fikir kan?
Hihihix... ^^

* References